
Peringkat awalnya penulis bersetuju dengan pendirian Abdul Hadi Awang yang mahu mengundur diri dengan secara terhormat setelah dikaji penglibatanya terlalu dalam politik lebih dari 30 tahun.
Dengan pengunduranya dapatlah memberi laluan kepda muka-muka baru atau laluan kepada pemimpin muda dari Dewan Pemuda Pas yang banyak berkaliber.
Sangkaan penulis meleset sama sekali apa bila kuda tua ini dalam keadaan terpaksa tidak pula akhirnya menyatakan pendirian yang jelas dalam isu pengunduranya. Beberapa perkara yang membuat kuda tua sekali lagi enggan menarik diri dari arena politiknya.
1 Nampaknya keadaan dalam pakatan haprak tidak stabil, memerlukan kuda tua ini membuat keputusan bagi pihak Pas dan dipercayai hj hadi orang yang boleh menyatukan hasrat pakatan untuk titik persamaan mereka. Tiada hadi maka anwar dan DAP bakal ditinggalkan Pas.
2 Penyokong Pas mula berpecah belah akibat penyikiran beberapa pemimpin kanan PAS yang hebat seperti Dr.Hasan Ali, terbaru akan menyunsul Ust Nasaruddin Mat Isa, Harun Din ,Ismail Kamus dan beberapa kepimpinan Ulama didalam Pas.
3 Siapa lagi pemimpin Utama Pas yang boleh menjadi kambing hitam atau lembu dicucuk hidungnya oleh anwar dan DAP kalau bukan si kuda tua ini yang lebih dilihat sebagai orang yang muda berkira dan ditarik kesana kemari.
Baca laporan tentang isu penarikan dirinya untuk bertanding semula.
Abdul Hadi Akan Bertanding Dalam PRU-13
PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dengan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU-13.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik yang diadakan pada Khamis dan Abdul Hadi turut akur dengan keputusan tersebut.
“Maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi PRU-13,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tuan Ibrahim berkata, PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.
“Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan presiden (Abdul Hadi) terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta presiden terus menerajui PR.
“PAS yakin dengan karisma kepimpinan, kewibawaan dan kedudukan Abdul Hadi untuk memimpin parti,” katanya.
K-MPM said: selagi boleh berkuasa sampai mati apa salahnya..betulkan Nik Aziz!!








