KES VC UITM! MALAYSIAKINI DISALURKAN MAKLUMAT-BLOGGER PAU PAU ADA MUSLIHAT.

 

 

 

Wow! Hangat Malaysiakini menampilkan dokumen yang dikira rahsia besar mendakwa mereka berjaya mendedahkan kes salahguna kuasa oleh VC UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar melibatkan pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Apa yang berlaku lima tahun lepas telah di korek kembali oleh Blogger PAU PAU ( Blogger Pau kiri kanan) yang dikira mempunyai niat yang agak pelik dalam merancang strategi untuk menjatuhkan karier Datuk VC UiTM dengan bermatlamat kedudukan jawatan sekarang harus diberi kepada orang pilihan seperti kemahuan bos yang membayar blogger terbabit untuk membuat kerja-kerja menjatuhkan VC terbabit.

Tiada bukti mengaitkan mereka dengan pendedahan di Malaysiakini,namun cara gerakan saraf dan strategi mereka dengan memberi dokumen paling rahsia untuk siaran artikel di Malaysiakini telah merumuskan bahawa dipercayai dokumen yang melibatkan surat dalaman yang dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada Sahol sebagai TNC ketika itu telah didedahkan membabitkan penglibatan orang dalam di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri.

Masakan tidak, Malaysiakini mempunyai salinan surat dari Badan Pencegah Rasuah (BPR-ketika itu) terhadap siasatan dan keputusan melibatkan isu yang dibangkitkan.

Terlintas di fikiran kita beberapa sebab mengapa ketirisan dokumen paling rahsia itu telah didedahkan di Malaysiakini dan kemudian beberapa blogger Pau Pau turut menyambut isu VC UiTM dalam masa yang sama secara serentak.

Kemungkinan dikalangan Blogger Pau Pau telah menyalurkan maklumat ke Malaysiakini untuk didedahkan kemudian mereka pura-pura tidak tahu dan memuat naik artikel kemudianya di blog masing-masing untuk mendesak siasatan dibuat sedangkan jelas ini satu perancangan yang dibuat untuk mengugut VC UiTM mendapatkan ganjaran sebagai galakan tidak menyiarkan kembali cerita yang telah ditutup lama dan mengugat reputasi.

Tunggu pendedahan beberapa blogger yang membuat analisa dan siasatan terhadap isu ini dan mendedahkan siapa dalang mengeluarkan dokumen kepada blogger Pau Pau ini.

 

 

K-MPM said: Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar- ternyata dibebaskan sebarang tuduhan menyalahgunakuasa untuk kemudahan dua orang anaknya…tunggu pendedahan siapa dalangnya…


5 Responses to “KES VC UITM! MALAYSIAKINI DISALURKAN MAKLUMAT-BLOGGER PAU PAU ADA MUSLIHAT.”

  • aa

    entah apa apa..buat salah mengaku ajelah..!!

  • Anonymous

    As a leader its almost impossible to please everyone. Jangan pula kata mereka yang support kaki bodek atau orang‘yes sir’ sahaja. Macam saya, saya mmg suka dgn kepimpinan Dato Sahol di uitm. Saya lihat banyak transformasi positif yang telah dilakukannya. Beliau ambil berat ttg warga uitm, dia bukan jenis yang cakap lain, buat lain, seperti apa yang satu golongan kecil kata. Org yang menentang tu maybe tak setuju dengan kepimpinan Dato Sahol. Itu adalah hak mereka. Tapi sesetengah golongan yang tak puas hati ni, kebencian mereka kerana tidak see ‘eye to eye’ dengan pemimpin menjadikan mereka ular berbisa dimana mereka mula membuat rancangan untuk menjatuhkan pemimpin hanya mungkin kerana perbezaan pendapat ttg satu perkara kecil yang mereka anggap besar, tak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak menyebelahi mereka & etc. dalam isu nak jatuhkan vc uitm ni sebenarnya kes dalaman, masalah bermula bila perkara yang dilaksanakan tidak menyebelahi sesetengah pihak. contohnya bila tak disambung kontrak samada sebagai kakitangan, dekan, pengarah, ketua atau inginkan sesuatu pangkat dan jawatan tapi xdpt. Mereka ni marah, x sedar knp dirinya x disambung @ x dpt, so sb x puas hati mulalah meroyan, kutuk, nak sabo & etc. Tahu ke kuasa veto x ada pada vc uitm sepenuhnya, not this vc, but I don’t know abt the one before. Dalam hal dato sahol, beliau mempraktikkan kepimpinan bersama, sebab itu perihal menyambungkan kontrak atau memilih seseorang itu sebagai ketua dan etc, akan ada komitee yang membantu Dato Sahol dalam proses membuat keputusan. Dato Sahol hears facts and opinions from diff perspectives. If majority in the committee supports a certain decision even though it is against the vc’s decision, then the decision will according to majority. You see, the vc n mngt team is all 4 making uitm improve as an institution, that’s all. Those who don’t agree with some of the decision made by vc and komitee mula lah cakap vc ni merosakkan uitm lah, vc patut diganti dengan orang lain yang sehaluan dengan mereka la. Macam itu lah tabiat orang kita. Bila orang x setuju dengan kita, mula lah kita anggap org tu sbg org paling teruk sekali. Mulalah mengumpat, spread rumors, burukkan org tu sabo, tulis blog buruk, surat layang la. Jijik betul tabiat kita ni. Pernah juga sesetengah keputusan yang dibuat Dato Sahol n management team tidak memihak kepada saya dan beberapa warga uitm, tapi keputusan yang dibuat berpihak kepada majority warga uitm as a whole. Kita kena tengok dari sudut lain, dari sudut yang lebih besar, dan bukan hanya pentingkan diri sendiri. Saya bukan pembodek dan saya bukan’yes sir’ punya orang. Sebab bila saya bercakap positif ttg Dato Sahol, mula lah org yang anti dgn beliau cakap saya ni kaki bodek. Ni biasa, orang kita mmg perangai mcm tu. Sangat immature org kita kadang-kadang. Saya Nampak kepimpinan Dato Sahol macam mana. Dato Sahol dan management hanya mahukan the best untuk uitm yg banyak potensi ini. Jangan lah kita merosakkan rancangan mereka untuk menaikkan nama uitm. Cuba lihat achievement uitm setakat ini semenjak Dato Sahol menjadi vc, banyk. Berapa banyak orang dah beliau dan management bantu? Beribu-ribu. Kenapa kita tak Nampak semua ini? Semenjak Dato Sahol jadi vc, dah pun ada warga uitm yang sambung belajar ke Harvard. Ini adalah satu achievement yang besar. Banyak lagi kejayaan yang Dato Sahol lakukan untuk uitm dengan kerjasama warga uitm yang Nampak hala tuju bagus vc kita ni. Jika uitm naik, kita sama-sama akan untung. Jika kita tak puas hati sebab tak disambung jawatan, tak dinaikkan pangkat, tak dapat apa yang kita nak, Tanya diri dulu, kenapa? Everything in uitm ada black and white. Jika kita tak dapat naik pangkat, maybe sebab kita tak cukup syarat. Fikir kan lah!

  • Lagi Tulisan Isu VC UiTM DIserang : Bukti Rahsia Besar Negara Didedahkan cc @NajibRazak | warisan2057 | Hidup UMNO Barisan Nasional | warisan2057

    [...] pula tulisan Pena-KSJ tentang perkara yang telah dilakukan oleh Blogger Hantu Raya Moden seperti mana yang disebutkan di [...]

  • Lagi Tulisan Isu VC UiTM DIserang : Bukti Rahsia Besar Negara Didedahkan cc @NajibRazak | warisan2057 | Hidup UMNO Barisan Nasional | warisan2057

    [...] pula tulisan Pena-KSJ tentang perkara yang telah dilakukan oleh Blogger Hantu Raya Moden seperti mana yang disebutkan di [...]

  • Anonymous

    nice penaksj!kasi bogel sama depa!

Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s