Memang hebat imej yang dibawa pemuda UMNO-BN dalam segala apa jua tindakan. Inilah yang dimahukan oleh rakyat menyatakan sesuatu bantahan tidak perlu menjerit dan terlolong macam orang gila.
Tindakan tertib dan begitu profesional yang ditunjukkan oleh pemuda UMNO-BN siang tadi dalam menyerahkan memorandum bantahan terhadap Ketua Umum PKR terhadap sokonganya terhadap negara Israel berlangsung dengan baik dan aman di depan ibupejabat PKR di Tropicana, Damansara.
Walaupun memorandum tidak diterima oleh wakil PKR sedangkan wakil tersebut ada mencerminkan sikap sebenar parti PKR bila berhadapan dengan saat genting.
Malah Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersikap ala-ala gangster melulu menghalang memorandum itu diserah kemudian mereka bertindak jauh dengan membakarnya sehingga hangus.
Mengapa perlu takut kerana kehadiran pemuda UMNO-BN cukup aman dan berniat baik hanya menyatakan pendirian kenapa Anwar menyokong dasar dan negara Israel.
Lihat foto memorandum dibakar dan Isi kandungan memorandum dari pemuda UMNO-BN dan NGO kepada Anwar.
K-MPM said: siapa yang nampak gangster dalam hal ini…









