KITA MAHU KATA PUTUS! DAKWA PENGERUSI NFC ATAU UMNO HILANG MORAL

 

 

 

 

Memang sedikit sebanyak isu NFC membuat rakyat meluat dengan sikap acuh tak acuh kepimpinan UMNO dan kerajaan terhadap National Feedlot Corperation (NFC) dalam skandal penyelewengan serta pecah amanah sehingga disahkan oleh audit negara. Status gagal tidak timbul tetapi siasatan sehingga pihak bertanggungjawab mesti diadili seperti kesalahan jenayah yang juga dilakukan oleh individu lain wajar diteruskan.

Kerana NFC ada hubungkait dengan Ketua Wanita UMNO,Ds Sharizat Jalil maka kesalahan itu disembunyikan atau terus dilenyapkan. Tetapi harus di ingat rakyat melihat isunya aksi tindakan kerajaan dan UMNO yang nampak bermuka-muka dalam bertindak dalam kes ini.

Jika isu ini dilenggahkan maka rakyat akan menilai bahawa UMNO buat boleh  dilepaskan jika pakatan haprak buat tindakan sama  terus dibuat siasatan segera hingga suruhanjaya diraja diwujudkan.

Kepimpinan UMNO dan kerajaan perlu menelan jika kesalahan itu berlaku dan tindakan menyelasaikan perlu diambil. Jangan biar rakyat buat tindakan menghakimi dalam kes NFC kerana akhirnya kerajaan juga dilihat mempunyai masalah serius.

Walaupun pahit dan beracun sekalipun harus ditelan juga kerana isu NFC akan memperlihatkan sejauh mana kerajaan dan UMNO bertindak terhadap institusi mereka sendiri.

Sekali lagi diingatkan badan penyiasat seperti polis ,SPRM dan Jabatan Audit Negara jangan di pertikaikan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.

Amaran juga penulis tujukan kepada Pengerusi NFC jangan cepat melatah dan cuba mempertikaikan agensi kerajaan dalam menjalankan siasatan. Kerana isu NFC , UMNO dan Kerajaan dilihat sangat tidak bermoral ketika ini.

Ikuti laporan blogger lain juga.

Double Y  Minda Hijrah  APA  1Peluru

 

K-MPM said: NFC selalu di pertahankan oleh blogger SUPERSTAR..jadi tolong nasihat Pengerusi NFC jangan cepat melatah….

 

 

 


Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s