Gaya dan cara ostad pkr yang ditangkap khalwat mencari seribu alasan untuk menutup aibnya dengan menuduh ini adalah helah memerangkapnya, konspirasi menjatuhkannya dan perangkap UMNO adalah bertujuan mengalihkan kesalahanya dari umum.
Skrip ketuanya iaitu Anwar Ibrahim akan diguna pakai sepenuhnya oleh Badrul Amin untuk cuba meletakkan kesalahan khalwat kepada orang lain pula. Bila berkhalwat dengan perempuan tak ingat dunia bila sudah terperangkap mula rakyat diheret supaya menjadi hakim dan itulah tektik pakatan haprak melindungi perbuatan terkutuk pemimpinnya.
Gesaan supaya Badrul Amin bersumpah adalah langkah tepat supaya beliau tampil membetulkan keadaan dirinya. Sumpah laknat kerana dirinya tidak melakukan khalwat dan melaknat mereka memfitnahnya.
Persoalanya adakah ostad Badrul Amin BERANI melakukan sumpah laknat ini. lihat sendiri cara ostad pkr menutup kesalahan besarnya dengan sehelai daun keladi TARIK KEATAS BAWAH NAMPAK.
Dr Badrulamin Bahron yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri tetap dengan penjelasan awalnya bahawa dia ingin membantu wanita tersebut dan anaknya yang berhadapan masalah keluarga.
Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini, Isnin.
Dr Badrulamin ditemani isterinya, Zumrah Husni dan peguam Mohamed Sazali Abdul Aziz, Mohamad Irfan Abdullah dan Ahmad Nizam Hamid.
Ketika ditanya sama ada terdapat saksi untuk menyokong dakwaannya, Dr Badrulamin berkata, dia mempunyai saksi berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Menurut laporan media, pemimpin Parti Keadilan Rakyat ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang, awal pagi Sabtu.
Suami wanita terbabit yang ditemani beberapa rakan didakwa menyerbu ke dalam bilik hotel berkenaan.
Suami wanita itu turut menelefon penguatkuasa agama yang tiba di tempat kejadian pada pukul 3.10 pagi.
Pada Selasa, Dr Badrulamin berkata, beliau mempertimbangkan untuk berehat daripada menjalankan tugas dalam parti sebelum pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan memintanya untuk bercuti selama sebulan.
“Biar saya selesaikan sendiri perkara ini. Saya percaya ada usaha untuk memerangkap dan mengaibkan saya,” katanya.
Di Shah Alam, kerajaan negeri Selangor berkata, mereka menyerahkan kes itu kepada JAIP.
“Dia (Dr Badrulamin) tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada kami. Perkara ini adalah di antara beliau dan JAIP,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas menyerahkan bantuan RM100,000 kepada Monfort Boys Town di sini, Isnin.
K-MPM said: kes liwat lagi senang dari khalwat badrul…









