KATA DUA! MOHON MAAF, PECAT, GANTUNG OPERASI AKHBAR THE STAR -@razlanrafii @HishammudinH20

 

Nampaknya isu kebiadaban akhbar The Star semakin mendapat maklum balas dari beberapa pemimpin. Bukan sahaja ditiup oleh blogger prihatin yang cintakan keamanan,agama,bangsa dan negara berkenaan perkara yang boleh menyebabkan huru hara disebabkan seekor monyet yang cuba mencetus kemarahan semua pihak.

Maklum balas yang penulis terima ini dari Ketua Pemuda Umno Bahagian Seputeh, Mohd Razlan tentang reaksi bengangnya terhadap akhbar The Star kerana cuba  memaparkan artikel bergambar penyanyi barat bernama ERYKAH BADU yang ternyata berniat menghina Islam dengan badan penyanyi bertato tertera kalimah Allah.

Ikuti kenyataan rasmi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh ini:-

 

 

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu akhbat ini telah menyiarkan iklan Ramadhan dengan sajian daging BABI.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan akhbar The Star menghina nama Allah. Dalam banyak-banyak gambar Erykah kenapa mereka masih mahu memakai yang ada tato Allah di dada pernyanyi itu.

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editor Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan di bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan YEAAH REALLY SORRY GUYS! DON’T KNOW WHAT ELSE TO SAY .

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan mneghina Nama Allah, mereka sudah melakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil,hanya permohonan maaf tidak memadai kerana penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak pihak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama setahun kerana kesalahan kedua dalam jangka 6 bulan. Sekiranya pihak kerajaan hanya terima pemohonan maaf tanpa tindakan,saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan dipijak-pijak.

Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam dan tindakan yang sama juga boleh diambil sekiranya terjadi kepada agama-agama lain juga.

 

Mohd Razlan Muhammad Rafii 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

 

 

K-MPM said: masih menunggu tindakan KDN dan The Star untuk memecat Wong…

 

 

 


Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s