Cabaran puak pakatan haprak kepada Tun M supaya mendedahkan kandungan surat semasa beliau menjadi Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Israel, semasa era Yitzhak Rabin pada tahun 1993 turut didedah oleh Kementerian Luar.
Menangislah lagi puak yang menyokong yahudi di Malaysia yang menuduh Tun M bersubahat mengadakan hubungan luar dengan Israel. Puak pencacai bagaikan hilang arah kerana kandungan ketiga-tiga surat Tun M kepada tiga Perdana Menteri Israel nyata tiada hubungan langsung dengan Israel seperti yang Anwar telah buat sebelum ini.
Ketiga surat ini penulis siarkan supaya pembaca menilai siapa sebenarnya menyokong negara Israel dengan jelas dan terang.
Baca surat ini yang dikeluarkan oleh Pejabat Kementerian Luar :
PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.
Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.
Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
K-MPM said: tiada satu ayat menyokong dasar Israel menentang Palestin ..atau bekerjasama dengan Israel…Anwar bila mahu jawab!!…Pencacai Anwar pun kena jawab!!










March 2nd, 2012 at 12:29 am
[...] yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan) DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD http://penaksj.wordpress.com/2012/03/01/hot-surat-tun-m-kepada-yitzhak-rabin-juga-didedah/ SURAT [...]