Apa yang boleh kita katakan,dakwaan Dr Hasan Ali berkenaan gerakan memurtadkan orang Islam di Selangor terus berlaku adalah benar.
Apa yang menyedihkan Khalid Samad dan Pas Selangor seakan cuba memfitnah Dr Hasan Ali dengan mengatakan ini adalah ceritareka ciptaannya demi meraih sokongan setelah dilucutkan jawatan sebagai ahli tertinggi Pas di Selangor.
Gaya pemikiran Khalid Samad dan Pas Selangor dalam isu ini sangat serius dan amat berbahaya. Masakan isu ini tidak serius bagi orang Islam kerana setiap hari ada sahaja orang Islam di murtadkan. Tiada usaha Pas Selangor yang dibarisi Khalid Samad sendiri dalam menyelesaikan kemelut melibatkan akidah umat Islam Selangor.
Seakan mereka hanya mendengar sahaja gejala murtad umat Islam sebagai satu tuduhan liar tanpa ada usaha menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap usaha kristianisasi orang Islam di Selangor.
Persoalanya, kalau khalid Samad dan Pas Selangor serius mengapa sehingga kini laporan kes DUMC yang mengemparkan umat Islam kerana menganjur Majlis didalam gerejanya melibatkan orang Islam tidak didedahkan atau sebenarnya mereka takut mendedahkan kerana kegagalan mereka bertindak sebelum perkara ini didedahkan.
Tolonglah Khalid Samad dan Pas Selangor,sanggupkan anda menanggung dosa akibat ramai umat Islam dimurtadkan di Selangor.
Lihat gambar ini yang di perolehi dari blog MYMassa yang menunjukan jelas gadis bertudung masuk ke dalam gereja.
K-MPM said: Murtad ini bukan isu ciptaan sesiapa…ini masalah kegagalan Pas Selangor sendiri memantau akidah umat Islam…..









