Seperti yang pihak penganjur BN YOUTH harapkan dalam Clock Tower Street Fiesta yang berlangsung di Teluk Intan,Perak kali ini ingin melihat penglibatan sepenuhnya belia dan remaja menyertai sepenuhya acara yang disediakan untuk golongan mereka.
Belia dan remaja bukan hanya tertumpu untuk belia melayu sahaja tetapi penglibatan besar juga diharapkan dari belia cina dan india.
Street Fiesta BN YOUTH ternyata tidak dihampakan dan berjaya menarik ramai belia cina dan india terut serta dalam siri Jelajah BN YOUTH yang diadakan di Teluk Intan pada kali ini.
Melihat aksi mereka dalam penglibatan sepenuhnya dengan aktiviti yang disediakan, hati penulis beriya mengatakan belia Cina dan India turut terkena tempias 1Malaysia dari idea bijak Perdana Menteri, Najib Razak dalam usaha pemuafakatan antara kaum.
K-MPM said: BN YOUTH semakin mendapat perhatian golongan muda…Syabas.











