Jangan pelik dengan sikap Pas bila berhadapan dengan bantuan kerajaan Pusat kepada rakyat. Mereka memang tidak mampu memperuntukan sejumlah dana kepada rakyat tetapi mereka hanya mampu mempengaruhi dengan bermacam-macam fitnah tujuannya ingin menakut-nakutkan mereka.
Bantuan Rakyat 1Malaysia dilihat sebagai bantuan kerajaan kepada rakyat yang memberi ancaman kepada Pas kerana mereka berfikir bahawa rakyat mudah hilang tumpuan kepada mereka disebabkan duit. Apa yang mereka buat dengan mengharamkan penyokong mereka mengambilnya dengan hukum yang bersesuai dengan niat mengagalkan program kerajaan.
Tetapi kini mereka sudah mula menukar kenyataan dari tidak ambil kepada ambil BR1M kerana ini dilihat boleh menyenangkan parti. Caranya BR1M dikenakan iktikad dari ahlinya dengan bayaran 10% dari wang BR1M kepada tabung jihad serta aktiviti parti. Nampak bagaimana Pas mengaut keuntung ekspress dari ahlinya dengan meletakkan syarat yang tidak munasabah.
Tindakan Pas yang didakwa meminta ahlinya menyerahkan 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima disifatkan sebagai perbuatan memalukan sekali gus membuktikan prinsip parti itu yang didakwa memperjuangkan kebajikan rakyat hanya sandiwara.
K-MPM said: Haram kalau tak ambil boleh juga buat aktiviti parti PAS = PAS PENGHISAP DARAH









